menelusuri cahaya kelembutan

..cahaya kelembutan, that's the meaning of my name..x aktif sangat dalam blogging ni,tp lebih kepada mencari informasi melaluinya...in da futura mungkin akan lebih aktif update ttg apepeje yang mungkin boleh d kongsikan bersama..

Followers

Pages

Sunday, November 6, 2011

KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero

KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero: Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa...


Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero
Posted by Papa Hero | Wednesday, June 16, 2010 | Category: hero, kisah benar, papa hero |
1119Share


Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa yang berlaku baru2 ni amatlah dikesalkan. Rasanya tak payahlah aku cerita. Betul tak Kaizen & Maksuhakim??

Ada blogger2 yang tersalah tulis cerita tentang HERO. Implikasinya amat besar sekiranya tersilap tulis. Diharap tiada perkataan Melayu, Cina & India di dalam artikel yang mereka tulis tentang HERO. Ianya amat-amat tidak adil.



~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.

Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.

Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )

Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..


Inilah video yang aku hasilkan sebelum aku blog ini wujud lagi...



Moral of the story :

1 ) Aku bukanlah hero atau wira seperti yang diperkatakan. Aku pun manusia seperti korang gak. Bezanya Allah telah amanahkan aku untuk menjaga HERO.

2 ) Aku sendiri tak tahu siapa yang buat kerja keji ni. Budak tu ada bagi tahu bangsa apa tapi aku diam jer.

3 ) Aku pun tak tahu lelaki tu dari restoran mana apatah lagi kenal.

4 ) Aku hanya jalankan tanggungjawab aku. Bela HERO sampai ke akhir hayat aku atau dia.

5 ) Aku dapat anak sulung kembar seiras tak disangka2. Comel plak tu. Mungkin ini satu anugerah dariNya akibat menjaga HERO.

6 ) Aku dapat isteri yang aku idamkan.

7 ) Tiap kali aku ditimpa kesusahan, pasti ada yang datang menghulurkan bantuan.

8 ) Dulu aku tak pandai berbelog...Facebook pun takde lagi masa tu...kalau ada pun mungkin aku yang tak tahu...video HERO aku da upload kat youtube dah lama dah. Sebelum KAKIMOTONG ni wujud lagi. Tapi takde sape yang ambil tahu pun. Kerja sebagai kontraktor memang takde masa nak berbelog. Pada September 2009 barulah KAKIMOTONG ni wujud, itupun ntahapehapentah. Aku banyak belajar dari KAIZEN.

9 ) Video yang aku buat ( Namun Ku Punya Hati ) bukan untuk komersil. Ianya adalah lahir dari hati aku sendiri yang amat sayangkan HERO dan juga sebagai kenangan antara aku dan HERO.

Selepas ini, sesiapa yang nak menulis artikel tentang HERO, bolehlah direct copy cerita di atas dan jangan cerita lebih2. Cukuplah dengan gambar atau videonya sahaja.

So, anda semua dah tahu asal-usul HERO. Sebagai blogger yang matang, anda tafsirkan sendiri yer...

Babai, jumpa lagi di entri yang lain....