menelusuri cahaya kelembutan

..cahaya kelembutan, that's the meaning of my name..x aktif sangat dalam blogging ni,tp lebih kepada mencari informasi melaluinya...in da futura mungkin akan lebih aktif update ttg apepeje yang mungkin boleh d kongsikan bersama..

Followers

Pages

Monday, January 20, 2014

Pintaku yang terakhir


Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan
Mu di Arsh.
Berilah aku kekuatan dan keyakinan
untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami
yang akan membimbing tanganku
dititianMu.
Kurniakanlah aku sifat kasih dan
redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suami ku ini adalah
bidadara untuk ku di Jannah Mu.
Limpahkanlah aku dengan sifat
tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya.
Sekiranya suami ku ini adalah yang
terbaik untukku di Dunia Mu.
Peliharalah tingkah laku serta kata-
kataku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya suami ku ini jodoh yang
dirahmati oleh Mu.
Berilah aku kesabaran untuk
menghadapi segala keanekaragamnya.
Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan
bukan untuk diriku seorang.
Kau tunjukkanlah aku jalan yang
terbaik untuk aku harungi segala
takdirMu.
Sekiranya suami ku tergoda dengan
keindahan dunia Mu.
Limpahkanlah aku kesabaran untuk
terus membimbingnya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap
nafsu yang melalaikan.
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk
aku memperbetulkan keadaanya.
Sekiranya suamiku menyintai
kesesatan.
Kau pandulah aku untuk menarik
dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik untukku.
Kau juga yang Maha Mengampuni
segala kesilapan dan keterlanjuranku.
Sekiranya aku tersilap berbuat
keputusan.
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau
redhai.
Sekiranya aku lalai dalam
tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi
bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah
rahmatMu
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa
petunjukMu.
Aku buta tanpa bimbingan Mu.
Aku cacat tanpa hidayah MuAku hina
tanpa Rahmat Mu.
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku.
Tabahkan aku menghadapi segala
takdir dan cubaanMu.
Jadikanlah aku isteri yang disenangi
suami.
Bukakanlah hatiku untuk menghayati
agama Mu.
Bimbinglah aku menjadi isteri
Solehah.
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku mohon segala harapan.
Kerana aku pasrah dengan takdirMu.
Kerana aku sadar hinanya aku.
Kerana aku insan lemah yang kerap
keliru.
Kerana aku lalai dengan keindahan
duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku
menghadapi ujian Mu
Kerana pendek akal ku mengarungi
ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang
dirahmati.
Isteri yang dikasihi.
Isteri yang solehah.
Isteri yang senantiasa dihati
Aminnnn............

Thursday, January 16, 2014

Bila hati berlagu..

Dulu..ku ingatkan hanya aku dihatimu..
Dulu..ku fikir hanya aku difikiranmu..
Namun kini..terbuka hijab yang melindungi..
Ternyata dia masih bertahta..
Walau telah bertahun lama..
Hilang dari pandangan mata..

Kini..dia hadir kembali..
Cinta yang lama dulu bersemi..
Subur kembali dan menenangkan hati
Dengan itu kau pinta dariku..
Untuk memiliki cintanya kembali..
Aku terima dengan redha cinta yang kau dambai

Biar berapa lama..
Tak kira sampai bila..
Andai itu keinginanmu..
Akan ku turut segala permintaanmu..
Kiranya itu yang membahagiakan dirimu
Biar saja aku disini..
Meneruskan hidupku seperti dulu..

Saat ini..terasa sangat ngilu dihati..
Bila terbaca sendiri..
Coretan isi hati..dirinya dirimu
Berbalas sesama sendiri..
Meluahkan betapa seksa hati menanti
Meluahkan betapa manisnya terasa..
Bila kembali memadu asmara

Kini aku lebih suka berdiam
Ku juga hanya mampu mengarang
Karangan yang entah apa saja
Luahan rintihan dari lubuk kalbu
Yang hanya mungkin aku tahu
Makna disebalik semua nya..



Benarlah firman Allah S.W.T

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu."
-Al Baqarah ; 216

Aku redha andai ini takdirNya..mungkin ini yang terbaik..