Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan
Mu di Arsh.
Berilah aku kekuatan dan keyakinan
untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami
yang akan membimbing tanganku
dititianMu.
Kurniakanlah aku sifat kasih dan
redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suami ku ini adalah
bidadara untuk ku di Jannah Mu.
Limpahkanlah aku dengan sifat
tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya.
Sekiranya suami ku ini adalah yang
terbaik untukku di Dunia Mu.
Peliharalah tingkah laku serta kata-
kataku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya suami ku ini jodoh yang
dirahmati oleh Mu.
Berilah aku kesabaran untuk
menghadapi segala keanekaragamnya.
Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan
bukan untuk diriku seorang.
Kau tunjukkanlah aku jalan yang
terbaik untuk aku harungi segala
takdirMu.
Sekiranya suami ku tergoda dengan
keindahan dunia Mu.
Limpahkanlah aku kesabaran untuk
terus membimbingnya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap
nafsu yang melalaikan.
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk
aku memperbetulkan keadaanya.
Sekiranya suamiku menyintai
kesesatan.
Kau pandulah aku untuk menarik
dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik untukku.
Kau juga yang Maha Mengampuni
segala kesilapan dan keterlanjuranku.
Sekiranya aku tersilap berbuat
keputusan.
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau
redhai.
Sekiranya aku lalai dalam
tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi
bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah
rahmatMu
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa
petunjukMu.
Aku buta tanpa bimbingan Mu.
Aku cacat tanpa hidayah MuAku hina
tanpa Rahmat Mu.
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku.
Tabahkan aku menghadapi segala
takdir dan cubaanMu.
Jadikanlah aku isteri yang disenangi
suami.
Bukakanlah hatiku untuk menghayati
agama Mu.
Bimbinglah aku menjadi isteri
Solehah.
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku mohon segala harapan.
Kerana aku pasrah dengan takdirMu.
Kerana aku sadar hinanya aku.
Kerana aku insan lemah yang kerap
keliru.
Kerana aku lalai dengan keindahan
duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku
menghadapi ujian Mu
Kerana pendek akal ku mengarungi
ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang
dirahmati.
Isteri yang dikasihi.
Isteri yang solehah.
Isteri yang senantiasa dihati
Aminnnn............