Salam petang semua..ni tadi mase tengok pesbuk ade la terbaca resepi kek ni..nak kongsi la ngan korang..simple n nampak sedap..nanti boleh la try :)
Bahan A
• 250g cream cheese
• 50g butter
• 100 ml susu segar
• 6 biji kuning telur
• 1 sdb jus lemon
• 1/4 sdk garam
• 60g tepung kek / tepung superfine
• 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
• Bahan B:
• 140g gula (granulated sugar)
• 6 biji putih telur
• 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara-
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double
boiler(atas api kecil pun boleh smbil kacau dgn whisk). Bila dah cair, sejukkan
adunan cream cheese tu td.
- Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/c td dgn tepung, tepung jagung, kuning
telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati
(gaul guna senduk kayu sj)-sy guna whisk..
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai
berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk
(soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu &
kacau smpai sebati.
4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye &
tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm loyang.
5. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd
160*c..caranya loyng besar cikit ltk air panaskan dlm oven sekejap,dn masukkan
loyang adunan yg nk dibakar tadi dlm loyang yg berisi air.....guna api bawah
shj..5 mnt takhir api atas bwh(jika dh nmpk kuning kt permukaan tk perlu api
atas,cucuk..masak ttup oven..
sumber : JOM MASAK
nyaman eh..mok sikit..
ReplyDelete