Tatkala gigi menggigit lidah
terdiam lidah enggan berkata
menegur sapa enggan mahunya
rasanya lidah betul sahaja
kiranya salah si gigi yang punya
tatkala gigi menggigit lidah
sakit terasa tidak tekira
hingga ke jantung rasa tusukannya
namun terdiam enggan bersuara
kiranya salah si gigi yang punya
memang benar lidah yang mula
berkata-kata tiada tapisnya
namun tidak meninggi suara
seperti kuasa gigi yang punya
menggigit tanpa kasihan rasa
setelah gigi menggigit lidah
lidah terdiam seribu bahasa
terasa rendah sungguh dirinya
tingginya kuasa si gigi yang punya
wahai si gigi si lidah bertanya
adakah kerana lidah bersuara
si gigi terus meningkah tanya
kerana si gigi lagi berkuasa
p/s : jum main gigit2 lidah..hehhe
No comments:
Post a Comment