menelusuri cahaya kelembutan

..cahaya kelembutan, that's the meaning of my name..x aktif sangat dalam blogging ni,tp lebih kepada mencari informasi melaluinya...in da futura mungkin akan lebih aktif update ttg apepeje yang mungkin boleh d kongsikan bersama..

Followers

Pages

Saturday, December 10, 2011

Honeymoon Trip to. . .lovin' it!!

Assalamulaikum ols..pada entry kali ni nak share pengalaman melancong ke Langkawi last 2 week. perjalanan kitorang bermula pada 21/11/11 yang lalu dari Kuching ke KL. dah sampai di KL kitorang stay kat SG. Buloh. masa kat Sg.Buloh tu kitorang ambik kesempatan jugak la keluar ke kotaraya KL. window shopping di Berjaya Times Square, Plaza Low Yat n x lupa gak cuci mata kat Jalan TAR.yg pasti bila dah musin cuti skolaha n hujung tahun macam ni sudah pastila banyak sale :) lagi2 dah nak Krismas..masa kat Times Square sempat jugak main bowling 10-pin ngan family bang long..lepas main bowling kitorang menjamu selera memasing kat food court pulak.makanan die boleh tahan la..cukup la utk alas perut..lepas tu sempat lagi kitorng bergambar kat bawah dgn berlatarblakangkan pokok krismas :) sebelum ke Plaza Low Yat.
waktu ni hanya cuci mata n window shopping je..target nanti balik dari langkawi baru la shopping sakan :) selepas beberapa hari..pada hari khamis kitorang bertolak ke Arau, Perlis dgn menaiki keretapi dari Sg. Buloh. merasa la jugak naik keretapi kan. kitorang beli tiket utk coach yang ada katil. utk katil tingkat bawah harga tiket die RM52 berbanding dgn katil tingkat atas RM47 kalau x silap la.. kitorang yang pergi ke langkawi seramai 9 orang...jadi riuh rendah jugak l;a coach tu dek bahana riuh oleh kami.. perjalanan kitorang ambil masa dlm 8-9 jam jugak la..coz kitorang bertolak dlm jam 9.30 malam dan tiba di KTM Arau dalam jam 7 pagi keesokan harinya.
sempat jugak la merakam gambar buah hatiku bersama anak buahku pose :P
lebih kurang macam ni la keadaan dan rupa didala coach yang ada katil :) selesa sangat..ye la kalau compare nak duduk je semalam2.sakit la badan esoknye kan? :) sesampainya kitorang di KTM Arau..kitorang tunggu teksi.anak2 buahku dan pak cik dorang naik satu teksi..aku suami dan kakak n bg long ku tunggu org jemput coz kitorang ada urusan lain yan perlu setel dulu.. dah setel smua kitorang jumpa kat Jeti kat Kuala Perlis. dari situ kitorang semua naik feri ekspres untuk ke Pulau Langkawi.lama jugak la kitorang Q nak beli tiket..feri kitorang bertolah pada jam 2.30 ptg dan dijangka sampai jam 3.30-4 ptg macm tu..
happening jugak la sebab keramaian kami dan keletah anak2 buahku :) dalam feri kami masih lagi sempat pose..tapi lepas stengah jam masing2 diam.. :) bukan mabok laut tau..tapi suma tutp mata..hehheh recharge lagi dan lagi dan lagi. aku pulak tengok movie alamk toyol.. tu diaaaa!!akhirnya kitorang disampai dengan di sambut oleh seekor helang gergasi..apa pulak, landmark langkawi le tu..hehhehe
waaa...punya le panjang entry ni kan..xpe..nanti aku sambong balik keyh :)

Segmen | Genk Cari Blogger


assalamualaikum..saya baru lagi..slamat berkenalan :)

HASRULHASSAN.COM : Kami Blogger Baru

Assalamualaikum semua.. :)
saya merupakan anak sulung dari 2 beradik..dah berkahwen 4 tahun tp blom mempunyai cahya mata..bekerja dan belajar..berasal dan menetap di Kuching Sarawak..kalau nak ikan terubuk masin boleh jerr :)






asal nye blogging nak cari bahan utk assignment..baru skrg ni je berjinak2 buat entry..masih perlu bnyk lagi tunjuk ajar untuk blogging :)

p/s: sori coz entry ni dah lpas jam 5 ptg :)

Friday, December 9, 2011

I'm Pregnant!! at last!!

... this morning..

aku bangun dari tidur..rasa macam ada something jak yang petik2 lam perut..x juak lalek..dalam lepas subuh gia aku gurin balit..nunggu jak mun ada agik rasa ya tek..raba2 ku ku bahagian abdomen dibah..aihhh...nang ada rasa..mula2 slow..asal di pegang jak..macam lari2..

san juak nyawa ku mpun..kak ya ku try megang n merasa mena2..petik ya nya ada mek lok..mcm denyutan nadi jak..mena la kali..ku nang tauk menses ku lamabat..p ku xda la expect papa pun..memandangkan aku tauk tahap kesuburan ku mpun..

dah pagi tk ku agak mak dibilit nya..madah la tek..ku rasa sumthin'. ngecek juakla nya tek..senyum jak nya..ada la ya kali..cek ko nun katanya..apa gik aku tek..alu ngecek la tek..bebeli pregnancy kit test..

PAP!!rasa kenka tampa sa muka..POSITIF lok!!!nang hepi gila la aku..kinek2 rasa mcm nak sujud sukor..lamak ada jak nunggu dah 4 thn dah usia perkahwinan aku ngan hubby..mungkin tok mmg hadiah anniversary terbaik :) macam2 yang aku rasa..cam ne nak mdah ngan hubby berita terhebat tok???



yang...owh yang...mandik lok ktk...lepas ktk bok kmk..
(.........tingtingtingtingtingting.......)
mmm...apa tek?ku bukak mata...aihhhh ehhh..duhal mimpi...p tang real jak asa mimpi ya tek..nang dpt ku paham rasa org buntin..lagik2 dah lamak nungu...persaan ya mmg susah nak ku gambarkan..try juak ku megang bhgn yg ku rasa lam mimpi tek..xda..senyum jak aku walaupun masih dalam posisi gurin.xhal la walaupun hanya mimpi..its a very lovely,sweet n wonderful dream ever!!

at least lpas tok x perlu la rasa macam x sempurna lagik..ku rasa hepi gilak lepas mimpi y..mungkin rezeki aku x lamak lagik..Allah ya Maha Penyayang n Maha Mendengar...sa xhal kita tunggu lamak ckit :)

doakan aku dalam usaha untuk menambah khalifah2 d muka bumi Nya k :)

Sunday, November 6, 2011

KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero

KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero: Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa...


Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero
Posted by Papa Hero | Wednesday, June 16, 2010 | Category: hero, kisah benar, papa hero |
1119Share


Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa yang berlaku baru2 ni amatlah dikesalkan. Rasanya tak payahlah aku cerita. Betul tak Kaizen & Maksuhakim??

Ada blogger2 yang tersalah tulis cerita tentang HERO. Implikasinya amat besar sekiranya tersilap tulis. Diharap tiada perkataan Melayu, Cina & India di dalam artikel yang mereka tulis tentang HERO. Ianya amat-amat tidak adil.



~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.

Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.

Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )

Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..


Inilah video yang aku hasilkan sebelum aku blog ini wujud lagi...



Moral of the story :

1 ) Aku bukanlah hero atau wira seperti yang diperkatakan. Aku pun manusia seperti korang gak. Bezanya Allah telah amanahkan aku untuk menjaga HERO.

2 ) Aku sendiri tak tahu siapa yang buat kerja keji ni. Budak tu ada bagi tahu bangsa apa tapi aku diam jer.

3 ) Aku pun tak tahu lelaki tu dari restoran mana apatah lagi kenal.

4 ) Aku hanya jalankan tanggungjawab aku. Bela HERO sampai ke akhir hayat aku atau dia.

5 ) Aku dapat anak sulung kembar seiras tak disangka2. Comel plak tu. Mungkin ini satu anugerah dariNya akibat menjaga HERO.

6 ) Aku dapat isteri yang aku idamkan.

7 ) Tiap kali aku ditimpa kesusahan, pasti ada yang datang menghulurkan bantuan.

8 ) Dulu aku tak pandai berbelog...Facebook pun takde lagi masa tu...kalau ada pun mungkin aku yang tak tahu...video HERO aku da upload kat youtube dah lama dah. Sebelum KAKIMOTONG ni wujud lagi. Tapi takde sape yang ambil tahu pun. Kerja sebagai kontraktor memang takde masa nak berbelog. Pada September 2009 barulah KAKIMOTONG ni wujud, itupun ntahapehapentah. Aku banyak belajar dari KAIZEN.

9 ) Video yang aku buat ( Namun Ku Punya Hati ) bukan untuk komersil. Ianya adalah lahir dari hati aku sendiri yang amat sayangkan HERO dan juga sebagai kenangan antara aku dan HERO.

Selepas ini, sesiapa yang nak menulis artikel tentang HERO, bolehlah direct copy cerita di atas dan jangan cerita lebih2. Cukuplah dengan gambar atau videonya sahaja.

So, anda semua dah tahu asal-usul HERO. Sebagai blogger yang matang, anda tafsirkan sendiri yer...

Babai, jumpa lagi di entri yang lain....

Monday, October 31, 2011

Inspirasiku..... Permata Nilam: Senyum Lagi 1

Inspirasiku..... Permata Nilam: Senyum Lagi 1: BAB 1 “Lan, adik kau bergaduh!” laung Jeffry dari kejauhan. “Di mana?” tanyanya cemas. “Sana!” laun...

Sunday, October 30, 2011

Umat Terakhir: Berikan mereka jawapan

Umat Terakhir: Berikan mereka jawapan: PARA PENCARI TUHAN: Berikan mereka jawapan TERLEBIH dahulu dimaklumkan, artikel ini bukan ditulis untuk tujuan provokasi terhadap mana-...

source: Umat Terakhir

Monday, October 17, 2011

:: Make-up lagi!! Lagi!! dan Lagi!!

Sunday, October 16, 2011

Hero, kucing yang luarbiasa

leka layan men FB tek..lalu tetangga la post nina..tentang pusak nama Hero yang kudung kaki nya.base on video yaa dikatakan tek kaki dpan nya kenak potong sebab curi ikan rah kedey makan,..sampe juak kempang ati manusia jaman kinek tok...segal sekor ikan goreng alu molah pusak gia.x kaya ne rezeki oleh ko ya naya pusak.



merah mata kotan sedeh nangga video tok..semoga penjaga pusak tok sentiasa di murahkan rezeki :) aminnn... terkenang aku ngan pusak ku mpun d rumah nun...pusak ku mati gk kmk 3 mak ngan adik ku betangisan..dek2 org..nang kejam!

walauapapun Hero ttp hero!!semoga nya lebih kuat dalam mengharung hidup..

Friday, October 14, 2011

:: Pameran Pusak a.k.a Kucing di Kuching ::

Airport Kuching dibanjiri dengan kucing-kucing yang datang dari semenanjung..pegawai2 veterinar busy memeriksa kucing2..banyak la aku tengok pemilik2 kucing yang bawak sangkar kucing..

sayangnya aku x dapat nak bawak kucing aku g pamera besok..





yang kat atas bulu putih tu nama dia chunin..yang bulu tiga tu nadhuk..diorang ni umo dah 8 thn lebih dah..lahir 2 hari raya thn 2002..dulu ade 5 ekor p skrg tinggal 2 je..mak dorang ni dah lama MIA masa dorang ni maseh nyusu lagi hehheh..yang 2 lagi dah mati..huhuhu..sedeh..

bebalik lagi ngan pameran esok hari..rugi la pulak rasa xdpt bawak dorang ni g..hehhe.. untung la korang2 yang dapat bawak kucing2 g sana..hehhe mayb nextyear kot..huhuhu..xpe apepepon nila kucing yang menghiburkan hati kami sefamily :) takat ni je la erk..share la pulak korang punye kucing :)

Thursday, October 13, 2011

:: Fourth Schedule, HP Act , Re-Posses letter :

:: Make-up lagi!! ::

hari ni make-up sikit2 je..memain je ngan kaler2..x tau nak conteng kaler ape..






si ni je la hasil kitorang..boleh la sekadar untuk office-look xde la pucat sangat kat opis..sedap mata memandang :)

Wednesday, October 12, 2011

:: Ingatan bersama persedian menuju ke sana ::

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Sakit!!

adehadeh...sakit eh...ne x sakit tok..hehhe,,sakit apa?sakit xda apa2 pun..sakit biasa..sakit?sakit perut la..huhuhuhu...meragam la pulak dah menjelang tengahri tok..today is my frenz birthday..halo linda!!!Happy birthday to u..happy bday to u..may God Bless u..

kacak gambar polah becca...kak banu awal ngingat..ingat ku..hehhhe..babo ckit la..





nway..x sabar tunggu next week..plan nak g sematan..ramai2 la kita enjoy!! :) lagipun dah payday time ya..dapat juak release stress x kesah la direct ka indirect...aittt..stress pun ada direct n indirect juak la?pepande jak..hehhe

kotan dah boring men FB la ku saja2 jak nak conteng di laman tok...nothing interesting actually..

Tuesday, October 11, 2011

ceritera semata..

sesi menconteng..hehhehe...sementara menunggu flight, inilah keje kat opis..walaupun x banyak tapi adalah jugak barang2 yang jadi koleksi untuk menconteng muka..





so far ni la hasil contengan mlm ni..esok lain pulak yee...

Monday, October 10, 2011

4th Anniversary

Friday, October 7, 2011

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero


Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.

Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.

Dua bukti pada Surah At-Taubah

Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;
Maksudnya;
“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107

1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”

Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.

Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.

Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.

Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.

Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.

Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.

2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.

Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.

Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.

3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.

Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.

Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?

4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).

Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.

Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.

Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.

leslie_rockefeller
(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.

5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”

Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.

Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.

Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.

Surah At-Taubah, ayat 109;
taubah_109
Maksudnya;
“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.

Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”
Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.

Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.

sharif_g
(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.

2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”

Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.

mgz_site

Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.

Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.

Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.

jurang
Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran

Dalam surah At-Taubah, ayat 124;
taubah_124
Maksudnya;
“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”
Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124

Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.

Rahsia Lain Surah At-Taubah
Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.

Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero
Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.

Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911
Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.

Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran
Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.
Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.

Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.

Na’uzubillahiminzaalik …
P/S: Perhatian, pembongkaran di atas bukanlah sejenis tafsiran ayat Al-Quran, ianya sekadar membuat perbandingan fakta antara peristiwa semasa dengan perkhabaran dalam Al-Quran. Bagi melihat tafsiran yang tepat, pembaca disarankan merujuk kitab-kitab tafsir karangan ulama’-ulama’ muktabar seperti Tafsir Al-Azhar, Tafsir Ibnu Kathir dan sebagainya.

sumber: ibnuyaacob

Artikel asal diperolehi dari http://alamdunia066.blogspot.com/2010/09/al-quran-bongkar-rahsia-masjid-ground.html

:: Bulan DiTutup Awan



layan duhal dengar lagu tok..ada versi Yuna pun best dilayan..ala2 reggae..p slow..nang layan..

maksud nya pun best..double meaning la...hehhe..esp mun part tok "wahai jikalau ku tahu janjimu palsu, tentu tidak kuturut sedari dahulu..." nang best la..hehhe...terkenang aman menseya marek2..hahha.. xnya hal..kesah lamak..jangan dikenang..

final exam untuk sem tok bok jak lepas..jd mlm tek aktiviti kmk org men bowling..walaupun aku keja..hehhe nyempat juak..





walaupun just k main2 nang best la juak.. :) nunggu next plan gk g sematan bermalam :)

Sunday, October 2, 2011

:: Tedah,...kenak tinggal...agik rasa!!

yahhh...kotan tek lamak x update blog..pa cerita tek?aku tok xdapapa..saja jak..jgn ndak update muka blog tok..

time tok spatutnya kmk org dah stat study n prepare k paper esok Finance..p kmk org (kak banu, linda n ecca) gk maseh tergeley2 lam bilit tok..hahha..ecca x la..nya rajin..bingung nya...nya sorg jak stat lok..hehhe

xhal..jap gk kmk org stat..ya juak nak d jadikan kesah tek..duhal tek..c 'nya' tek pembulak aka pencuri..abis duhal suma asemen org d curi nya..mdh tek bz...nyiap asemen..ada juak duhal upa org gia..dari 1st sem sampe dah masok sem 5..perlu ka?sapa makan cabik nya rasa pedas la nak..huhuu..kantoi you....

anyway..kmk org dah plan nak g rilex2 d sematan end of this month..rami2 heheh...mok join boleh..boleh blah....hahhahah jom kita berambeh...

Wednesday, June 8, 2011

Gadis Hanyut Di Lautan Ciptaan Sendiri...

http://www.blogger.com/img/blank.gif
tatkala membaca Metro Ahad yang lepas..x sangka sungguh dalam kemodenan dunia zaman ini, perangai dan tingkahlaku anak2 gadis turut mengalami 'evolusi' yang melampau. dengan tajuk KARAM DI RUMAH ia telah menjelaskan kemusnahan akhlak gadis2 pada masa kini..namun apa yang terjadi apakah boleh kesalahan tersebut diletakkan secara langsung kepada gadis2 tersebut?atau disebabkan kelalaian org tua yang memberi kepercayaan yang mutlak kpd anak2 gadis mereka?

kadang2 terfikir la jugak..mcm mane gadis2 remaja semuda 13-14 boleh terjebak ke kancah yang sebegini. sepatutnya pada usia ini mereka fokus pada pelajaran. kalau la zaman sy dulu2 masih lagi main masak2 ngan kawan2...dalam umur semuda 16 tahun dah pernah meniduri lelaki sampai 8 orang dlm tempoh 2 thn..siap ngaku lagi sampai 5 kali dlm smgu..sangat2 la brani sampai bawak masuk rumah..alahai...apa nak jadi la ngan dunia skarang..isu buang anak lain hal..ni pulak lain hal..smakin merebak virus2 semacam ini..jgnla sampai bumi kita ditimpa bencana seperti d acheh baru nak sedar..dah terhantuk baru nak terngadah?ape kejadah nye...no komen daaa...

Wednesday, May 4, 2011

:: Corat coret ::

Assalamualaikum semua..so tok adalah permulaan bagi aku yang x penah nulis blog. before tok blog tok jaz sbagai medium k cari bahan 4 asignment jak..so lepas tok mungkin la boleh update apa2 jak yang boleh d kongsi bersama2...

so sebagai permulaan, kita polah sesi ice breaking jak la.. aku di berik nama oleh mak aku Nurliyana Binti Shafie yang bermaksud cahaya kelembutan mun nak d trenslet basa Arab la..dilahirkan di Hospital Umum Sarawak 5 aribulan 9 tahun 1987. ari sabtu cun kak isya'. dibesarkan di Kuching sampe umo 1 thn then pindah ke Johor Bahru n diam d kpg Mejidi Baru 4 tahun. dalam tempoh ya aku dapt sorang adik laki yang dilahirkan d JB..made in Jb pun la..hehe..x lamak lepas ya..b4 adik ku stahun umo nya kmk org pindah balit ke kuching. diam d kuching since ya.

turun tadika rah kpg panglima seman. kakya skolah Darjah 1 rah skolah gersik. pindah g skolah RPR.bok masok news aria tek madah jamban skolah ya brantu...hehehe..abis UPSr masok skolah Openg(SMK TAHO). dr form 1 pe form 3. form 4 pun kejap jak ali pindah ke TEKMAT(kinek alu jd skolah vok matang). ambik SPM d sia..now dah abis skolah masok unebastiti.blaja ambik biznes..ne tauk lak dapat mukak biznes kedirik..plan dah ada..heheh..

so dlam blaja2 d unebastiti tok actually aku pun sorang pekerja d salah satu jabtan dalam krajaan..x plu la kita crita panjang2 nak..sampe ctok jak la dolok. :)

peace no war ~

Wednesday, March 30, 2011

Ketahui Disebalik Lagu Alejandro oleh Lady Gaga

to tell u the truth, i loved this song...
the melody is very catchy!
i even sang it with my niece when the song aired...
but that before i knew whats behind the lyrics n the totallity about this video...
.
.
this is just for sharing...
i came across this while bloghopping HERE n noticed that it has been distributed in facebook too...
.
.
to note that...
to those who would like to read below article,
KEEP AN OPEN MIND
!!!
.
.
..................
Assalammualaikum...
.
.
Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Masa nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
.
.
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mendapat keafahaman mengenai illuminati ini, anda bolehlah baca dari web ini mengenai konspirasi dajjal atau carian di google.
.
.
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu, mungkin tak banyak yang kita boleh tahu. Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
.
.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
.
"I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."
.
.
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ...
.
.
But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Dan kemudian dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak ... Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam... Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?
.
.
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.
.
.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave'. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-kawal segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.
.
.
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop, please, just let me go, Alejandro" . Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
.
.
"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
.
.
Maksud lirik ni pulak. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..
.
.
Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
.
.
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
.
.
" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall
.
.
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan) Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan). Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka
.
.
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer(Iblis)..
.
.
I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena tafsir apa makna dia..
.
.
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
.
.
Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga kawal lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dikawal ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..
.
.
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
.
.
Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia. Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga, tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini, berhentilah mendengar lagu Gaga. Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah(Tiada Allah). Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ?
Ya Allah , lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya..
Amin ya rabbalalamin.
.
.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)
.
credit to
http://youropportunityplace.net/konspirasi-dajjal/432-ketahui-disebalik-lagu-alejandro-oleh-lady-gaga.html

Monday, January 31, 2011

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

By ariff On January 31, 2011 · 20 Comments · In Berita ....
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

1.Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
2.Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
3.Share this on Facebook.