menelusuri cahaya kelembutan

..cahaya kelembutan, that's the meaning of my name..x aktif sangat dalam blogging ni,tp lebih kepada mencari informasi melaluinya...in da futura mungkin akan lebih aktif update ttg apepeje yang mungkin boleh d kongsikan bersama..

Followers

Pages

Wednesday, April 18, 2012

Masak-masak..then makan time!!

Salamelekom ols..dah dinner tek ka? kmk udah..kak makan KFC Snack Plate ngan Dayangku Jasmine tek..tapau jak..makan di opis depan tv..

Bila dah kenyang makan, teringat ngan buah jambu nok di embak oleh Cip Kurnia minggu nun tek..Oleh anak nya meli di Cameron..alu ingin..he he he

Dayangku Jasmine ngan buah jambunya...
masak mihun sup...
Ada buah jambu..nang nyaman!!

Bila dah makan mmg x ingat dunia la..heheh..teringat juak ngan kak esah pon..nya masak kerang aria..makan ngan sambal kicap..perghhhh!!ng nyaman gilerrrrr laaa!!
Kerang masak rebus..

ktk org tek apa k dinner?


p/s : ne x badan makin bulat nak? xhal..lak kita senam k kurangkan berat badan keyh!!



Saturday, April 14, 2012

Cerita disebalik Friday the 13th

Assalamualaikum semua.. Semalam hari Jumaat yang bertarikh 13 hb dan  selalu diperkatakan mempunyai cerita misteri.

 Filem Friday The 13th

Misteri yang paling popular adalah mengenai nombor 13 itu sendiri. Signifikan nombor ini dipercayai membawa sial. Hinggakan ada diantara mereka2 yang percaya tidak akan menggunakan nombor ini untuk tingkat, nombor bilik, dan sebagainya. Nombor itu mungkin akan ditukar kepada 12A. Apa2 saja yang berunsurkan 13 akan dihapuskan penggunaannya.

Ada apa dengan 13? cheh..mcm ada apa dengn cinta la pulak kan? Nak jadi cerita..ianya bermula dengan ajaran kuno bernama Kaballah yang dikatakan menjadi amalan para ahli sihir-ahli sihir tertingi pada zaman Firaun. Ia kemudiannya diteruskan dan diwariskan kepada penyihir-penyihir lain terutamanya oleh kaum yahudi-zionis yang mana pada masa kini dipolitikkan dan jugak menjadi satu trend kepada atris2 dan selebriti2 masa kini.

Menurut bangsa Yahudi-zionis ini, angka 13 ditafsirkan sebagai angka suci yang mengandungi kekuatan misteri dari aspek keagamaan bersama2 nombor 11 dan 666.

Oleh itu, mereka akan sedaya upaya menyusupkan unsur 13 seperti dalam jumlah kad daun terup yang mana As, 2-9, Jack, Queen, & King. Yang masih nyata penggunaannya dalam sejarah manusia ialah pada jata negara Amerika Syarikat. The Seal of United States of America terdiri daripada burung helang dan sarat dengan nombor 13.




Buktinya terdapat pada jata negara mereka.

13 bintang di atas kepala Elang membentuk Bintang David.
13 garis di perisai atau taming burung.
13 daun zaitun di kaki kanan burung.
13 butir zaitun yang tersembul di celah-celah daun zaitun.
13 anak panah.
13 bulu di hujung anak panah.
13 huruf yang membentuk kalimat Annuit Coeptis
 13 huruf yang membentuk kalimat E Pluribus Unum
 13 lapisan batu yang membentuk piramid
 13 X 9 titik yang mengitari Bintang David di atas kepala helang.


Selain daripada penggunaannya dalam jata negara mereka, syarikat-syarikat besar seperti Mc Donald, Startrek.com, Westel juga menggunakan nombor ini. Mc Donald telah diketahui umum antara penyumbang utama dana Israel juga pernah memenangi anugerah. Nombor 13 ini akan dpt dilihat sekiranya logo-logo mereka diputar secara vertikal. Hingga ada yang mengatakan Microsoft juga mengandungi angka tersebut iaitu 1313 yang apabila dilakarkan akan membentuk logo microsoft (window) bentuk jendela.

Pengamal amalan dan kepercayaan Kaballah ini sangat mengagungkan nombor 13 ini. ini kerana ianya digunakan dalam ritual syaitan mereka. Bahkan simbol Baphomet juga dihiasi dengan nombor ini. Sebab inilah nombor 13 selalu dianggap sebagai membawa sial. ianya adalah salah satu nombor/bahagian utama dalam ritual syaitan.

Bagi masyarakat cina pula, nombor 4 membawa maksud mati bagi mereka.

Adakah anda percaya akan misteri ini?adakah ianya suratan?atau kebetulan?atau memang telah menjadi amalan?







sumber dr http://duniavenus.com


p/s : banyak gilak nok pelik2.tp x mustahil nak..betol x?


Thursday, April 12, 2012

Duit Kertas Baru Malaysia Mulai 16 Julai Tok!



KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas Malaysia siri baharu kepada orang ramai bermula 16 Julai tahun ini.
BNM melalui satu kenyataan media memberitahu, wang kertas baharu tersebut membabitkan RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
“Wang kertas Malaysia siri baharu ini akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012. Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, wang kertas siri baharu ini terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
“Wang kertas RM50 dalam siri ini telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, BNM bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak bulan Disember 2011 bagi membolehkan peralihan kepada wang kertas siri baharu itu berjalan lancar.
Tambah kenyataan itu, beberapa sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan turut diadakan bagi memastikan penyediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baharu.
Sehubungan itu kata kenyataan itu, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai dikehendaki memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baharu dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh tersebut.
“Vendor dan pihak berkaitan lain yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau di talian 03-2698 8044 sambungan 7307/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my,” kata kenyataan itu lagi.


sumber dari mynewshub.my

p/s : tringat ngan duit keretas lamak marek..masih ndak ktk org nyimpan?aku ada juak la nyimpan 4-5 egek.. :)


Monday, April 9, 2012

Horlicks Crunch McFlurry for supper!!

Salam ols!!
What's for supper?

Tonight, im having Horlicks Crunch McFlurry for supper..me n jazz just went back from Convenience Store at arrival hall just now, when we saw the highlight menu for desert at the Mc D.






Soooooo yummyyy isn't it!!

It is..deadly delicious!! Actually, i was thinking to buy Chocolate Shake.. Then suddenly chose Horlicks Crunch McFlurry..

 Creamy mcflurry horlicks!!



i'm lovin' it!!



p/s : time ya juak menses..time ya juak kenjet nak makan eskrem..sejok2 d epot.nok sejok2 ya juak d carik!!p nang layan makan eskrem tengah malam!!









Friday, April 6, 2012

Pabila Hati Berbicara...



Sakit perih.. Menusuk hatiku..
Saat kamu.. Ucap kata itu..
Ku hanya bisa menitiskan air mata..
Jatuh rasanya langit ini..
Apa salahku?
Sampai kau tega tinggalkanku..
Padahal aku telah berikan segalanya..
Belum cukupkah dirimu..
Rasakan cinta tulusku..
Selama ini hidupku hanya untuk kamu..
Benarkah salahku?
Yang terlalu mencintaimu..
Hingga kau buat aku ..
 Terlarut ke dalam..
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu disisiku
Ku yakin bisa melewati..
Tapi berat



Hari ini kita layan lagu sentimental pulak eh..mendayu-dayu je bila dengar lagu ni..banyak maksud yang tersirat dalam lagu ni kan? Boleh jugak ditafsirkan dalam hubungan rumahtangga. yelah kan, lagu ni seolah-olah luahan perasaan seorang isteri pada sang suami. Mungkin juga merujuk kepada pertelingkahan dalam rumahtangga. Si suami mungkin berprasangka tentang perasaan tulus si isteri. Boleh jugak jadi dek hasutan orang ketiga..

Namun, sang isteri haruslah dilindungi..sesuai dengan posisinya di rusuk sang suami. Baginya seorang suami adalah sang pelindung, tempat mengadu kasih, melepaskan sayang, juga untuk ditaati dan dihormati. Tanpa sang suami, siapalah si isteri..begiulah sebaliknya..melainkan ia telah ditentukan di sana..untuk pasangannya menemui Ilahi..


WaHaI LeLaKi mEnGeRTiLaH HaTi WaNItA ......

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2
 
(sumber dari FB Roy Guy )


p/s: doaku, aku n hubby sentiasa aman rukun rumahtangga..tiada gelodak melanda.. dan sentiasa saling sayang menyayangi dibawah redhaNya..









Thursday, April 5, 2012

Perempuan memang suka makan ni ke?

Assalamualaikum semua.. Korang dah lunch ke belum? Aku belum lagi ni..Tapi aku teringin la sangat nak makan Magic Bite Wafle..


Hehhehhe..Korang suke tak? Aku paling suka perasa coklat dan peanut butter..paling best extra coklat!!Tapi x suka kalau crispy sangat.. :)

Tengah tunggu free time nak pergi ke Kuching Central ni..Dah terasa-rasa pulak wafle tu dalam mulut.. Aku, Dygku Jasmine dan Kak Aisah lepas ni nak pegi sana..lepas jugak keinginan nak makan yang manis2 ni!!

Korang semua kalau ingin.. Jangan lupa beli tau..kan outlet Magic Bite banyak kat Malaysia ni :)



Let's enjoy the wafle!!


p/s : dari emarek gk ingin nak makan..akhirnya..tercapei juak la ari tok..

Tuesday, April 3, 2012

ke-C.U.R.A.N.G-an mu..

Assalamualaikum semua..malam2 macam ni aku nak kongsi la sikit. Kongsi tentang apa? Aku nak kongsi sikit pasal C.U.R.A.N.G 



Korang tau tak apa maksud curang ni? Menurut kamus, curang didefinisikan sebagai tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati. Kecurangan pulak merujuk kepada ketidakjujuran. Menipu, membohongi boleh la pulak diertikan sebagai mencurangi.



Curang boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Curang yang aku ingin utarakan di sini pulak adalah dari konteks hubungan suami isteri, tunangan, kekasih dan sebagainya. Dalam konteks ini, curang berlaku apabila berlakunya ketidaksetiaan seseorang individu terhadap pasanganya dengan menjalin hubungan cinta/kasih dengan orang lain. 

Aku, pernah dicurangi. Jadi aku tahu macam mane rasa sakit nya di dua-tigakan. Chehhh..Tak payah melalut la kan?hehe..

Tapi apa perasaan anda sekiranya anda dicurangi atau anda sendiri yang berlaku curang?

Pernah berlaku beberapa kes kecurangan di kalangan rakan sepejabat, teman dan taulan. Hingga ada yang sampai ke tahap melakukan hubungan yang lebih intim. Lebih dasyat lagi ianya berlaku kepada para isteri2 dan suami2 orang. 

Mungkin pernah berlaku si lelaki bermain kata sayang dengan kawan perempuanya. Niat si lelaki di awalnya mungkin sekadar untuk bergurau.. Boleh jadi juga untuk cuba nasib. Siapa tahu betul tak?Kalau tak pun action la pulak bertanya dan berkongsi masalah..dari masalah datangnya helah...

Apabila respon dah dapat, cubaan yang pada mulanya main2 berbalas..Kebanyakan kes curang mungkin bermula dari  bermain kata-kata sayang. Lagi-lagi kalau hati wanita tersebut mudah sangat cair dengan kata-kata manis ditambah lagi dengan pujuk rayu dari sang lelaki. Ingin membantu kononnye..

Hubungan yang hanya bertunjangkan pada kepuasan lahiriah semata-mata tak kan mungkin berkekalan, sekiranya tidak berasaskan kepada cinta kepadaNya.

Aku pernah terdengar orang berkata, sekali seseorang itu curang, takkan mungkin dia akan setia lagi.. dia akan mencari dan terus menjadi seorang pencurang.. Mungkin telah sebati dalam diri sikap dan sifat curang tersebut. Merasakan diri tidak ter'kantoi' dalam mencurangi pasangan, timbul perasaan bangga dalam diri kerana pandai mencari helah untuk menutupi rahsia diri.

Namun ingat!! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jugak.. Tapi!!!! Nanti kompom dia naik balik.... Sama je la kan dengan pencurang ni..kalau kantoi nanti dia buat lagi..tapi dengan orang lain pulak..dengan helah yang lebih bijak lagi!!hehhehe

Al-maklum la..learned from mistakes! Practice makes perfect gitu!! betol tak?

Kepada mereka yang suka mendua-tigakan pasangan tu, tak kira la suami isteri ke, kekasih ke, tunangan ke..kalau dah rasa tak ada lagi keserasian bersama pasangan, daripada curang baik la lepaskan atau mintak lepas je..dari dilambung dosa, lalai dari tanggungjawab, jadi bahan umpatan kutukan orang lebih baik setelkan terus. Sudah-sudahlah dengan perangai macam tu..

Semoga korang semua setialah dengan yang satu..bagi lelaki tu kalau nak kawen lebih dari satu takpe..janji halal..jangan yang haram pulak..jalan yang halal dah dibagi..

:)



p/s : aku paling anti ngan orang nok curang ya.nang x cukup sorang la..apakah pe'el pia?cheh!!







Sunday, April 1, 2012

Ko Rasa Ko Bagus?!

Salam ols..entry kali ni lain sikit..semua info ni dapat dari http://wanhazel.blogspot.com/ cuma dengan satu klik korang mungkin dapat menambah pendapatan tambahan. Aku pon baru lagi..jadi jum kita try.. :) Korang cuma perlu klik link di bawah dan daftar. Korang akan dapat RM 1 per daftar :) kemudian share kepada rakan..

Jangan ketinggalan..Over 700 Churpers hv cashed out at least RM100 each this year & it's only March! Find out how thy did it #ChurpChurp