menelusuri cahaya kelembutan

..cahaya kelembutan, that's the meaning of my name..x aktif sangat dalam blogging ni,tp lebih kepada mencari informasi melaluinya...in da futura mungkin akan lebih aktif update ttg apepeje yang mungkin boleh d kongsikan bersama..

Followers

Pages

Wednesday, October 24, 2012

Cheese Cake Recipe...nyaman eh..

Salam petang semua..ni tadi mase tengok pesbuk ade la terbaca resepi kek ni..nak kongsi la ngan korang..simple n nampak sedap..nanti boleh la try :)


Bahan A
• 250g cream cheese
• 50g butter
• 100 ml susu segar
• 6 biji kuning telur
• 1 sdb jus lemon
• 1/4 sdk garam
• 60g tepung kek / tepung superfine
• 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

• Bahan B:
• 140g gula (granulated sugar)
• 6 biji putih telur
• 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara-
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler(atas api kecil pun boleh smbil kacau dgn whisk). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
- Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/c td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj)-sy guna whisk..

2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 
4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm loyang.
5. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160*c..caranya loyng besar cikit ltk air panaskan dlm oven sekejap,dn masukkan loyang adunan yg nk dibakar tadi dlm loyang yg berisi air.....guna api bawah shj..5 mnt takhir api atas bwh(jika dh nmpk kuning kt permukaan tk perlu api atas,cucuk..masak ttup oven..

sumber : JOM MASAK




Anda di tangga yang mana?



Anda di tahap mana sekarang? Dan anda mahu ke arah mana sekarang? Atau anda tak mahu berganjak langsung dari apa yang telah anda pilih? Selamat membuat pilihan yang Allah akan beri pahala atau dosa, yang Allah akan redha atau murka, yang Allah akan hadiahkan syurga atau beri siksa neraka.

Sebarkan kepada semua kawan2 kita agar dengan terbacanya mesej ini, kita sudah melakukan satu kerja dakwah yang pastinya Allah tanya di akhirat kelak.

Jazakillahu khairan kepada pelukis: Nadia Zahari

sumber : syahirul.com



p/s : m now at stage 7.. :)


HOT! Mizz Nina Salah Eja ALLAH?

Salam n selamat tengahari semua :)

Ni nak kongsi tentang penyanyi yang berusia 33 tahun ni telah dikecam kerana telah meletakkan baris ayat di dalam kulit albm "Take Over" yang berbunyi "I would like to say thank you to ALLAH S.A.W." sedangkan sepatutnya dia sedar dan peka bahaw penggunaan tersebut hanyalah utk baginda Rasulullah dan penggunaan yang sepatutnya adalah S.W.T

Nak tau sape? Sape la x kenal ngan penyanyi hot hip-hop Malaysia ni..international artis lagi..Mizz Nina..

Apa2 pun, dia hanyalah insan biasa yang x lari dar kesilapan. Yang penting, dia sedar n tau kesilapan yang dibuat n x ulang lagi kesilapan itu..



p/s : pelek juak la..bnda tok mcm general knowledge bah..S.A.W ya kan digunakan utk Baginda Rasulullah..sedangkan S.W.T hanya utk Nya jak..mcm ne boleh tersalah kan?? yalah kita tok manusia biasa..x lepas dr salah silap :P

Tuesday, October 23, 2012

Personaliti Melalui Kumpulan Darah

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.


1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.


**jenis darah aku adalah "O". Anda???

Monday, October 22, 2012

Akankah menitis air mata mu?

Assalamualaikum.. lama dah x de post any entry..jd hari ini terbuka sikit rasa nak but entry..

nak jadikan cerita..masa tengah bukak Yahoo! tadi ade la nampak news feed mengenai anak gajah yang jatuh dalam lubang..mak gajah tu cuba nak selamatkan tapi x dapat..jadi, adela sepasukan renjer (renjer la kot..) yang menerima laporan dan meronda kat area tu nak tolong selamatkan..jom tengok..

Terharu dan sedeh bila tengok.. boleh klik kat link tu


Such a sweet reunion between mom n the baby..



p/s : binatang pun tau sayangkan anak..tapi manusia zaman ni sedap2 je buang..kan?