menelusuri cahaya kelembutan

..cahaya kelembutan, that's the meaning of my name..x aktif sangat dalam blogging ni,tp lebih kepada mencari informasi melaluinya...in da futura mungkin akan lebih aktif update ttg apepeje yang mungkin boleh d kongsikan bersama..

Followers

Pages

Wednesday, October 24, 2012

Cheese Cake Recipe...nyaman eh..

Salam petang semua..ni tadi mase tengok pesbuk ade la terbaca resepi kek ni..nak kongsi la ngan korang..simple n nampak sedap..nanti boleh la try :)


Bahan A
• 250g cream cheese
• 50g butter
• 100 ml susu segar
• 6 biji kuning telur
• 1 sdb jus lemon
• 1/4 sdk garam
• 60g tepung kek / tepung superfine
• 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

• Bahan B:
• 140g gula (granulated sugar)
• 6 biji putih telur
• 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara-
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler(atas api kecil pun boleh smbil kacau dgn whisk). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
- Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/c td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj)-sy guna whisk..

2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 
4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm loyang.
5. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160*c..caranya loyng besar cikit ltk air panaskan dlm oven sekejap,dn masukkan loyang adunan yg nk dibakar tadi dlm loyang yg berisi air.....guna api bawah shj..5 mnt takhir api atas bwh(jika dh nmpk kuning kt permukaan tk perlu api atas,cucuk..masak ttup oven..

sumber : JOM MASAK




Anda di tangga yang mana?



Anda di tahap mana sekarang? Dan anda mahu ke arah mana sekarang? Atau anda tak mahu berganjak langsung dari apa yang telah anda pilih? Selamat membuat pilihan yang Allah akan beri pahala atau dosa, yang Allah akan redha atau murka, yang Allah akan hadiahkan syurga atau beri siksa neraka.

Sebarkan kepada semua kawan2 kita agar dengan terbacanya mesej ini, kita sudah melakukan satu kerja dakwah yang pastinya Allah tanya di akhirat kelak.

Jazakillahu khairan kepada pelukis: Nadia Zahari

sumber : syahirul.com



p/s : m now at stage 7.. :)


HOT! Mizz Nina Salah Eja ALLAH?

Salam n selamat tengahari semua :)

Ni nak kongsi tentang penyanyi yang berusia 33 tahun ni telah dikecam kerana telah meletakkan baris ayat di dalam kulit albm "Take Over" yang berbunyi "I would like to say thank you to ALLAH S.A.W." sedangkan sepatutnya dia sedar dan peka bahaw penggunaan tersebut hanyalah utk baginda Rasulullah dan penggunaan yang sepatutnya adalah S.W.T

Nak tau sape? Sape la x kenal ngan penyanyi hot hip-hop Malaysia ni..international artis lagi..Mizz Nina..

Apa2 pun, dia hanyalah insan biasa yang x lari dar kesilapan. Yang penting, dia sedar n tau kesilapan yang dibuat n x ulang lagi kesilapan itu..



p/s : pelek juak la..bnda tok mcm general knowledge bah..S.A.W ya kan digunakan utk Baginda Rasulullah..sedangkan S.W.T hanya utk Nya jak..mcm ne boleh tersalah kan?? yalah kita tok manusia biasa..x lepas dr salah silap :P

Tuesday, October 23, 2012

Personaliti Melalui Kumpulan Darah

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.


1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.


**jenis darah aku adalah "O". Anda???

Monday, October 22, 2012

Akankah menitis air mata mu?

Assalamualaikum.. lama dah x de post any entry..jd hari ini terbuka sikit rasa nak but entry..

nak jadikan cerita..masa tengah bukak Yahoo! tadi ade la nampak news feed mengenai anak gajah yang jatuh dalam lubang..mak gajah tu cuba nak selamatkan tapi x dapat..jadi, adela sepasukan renjer (renjer la kot..) yang menerima laporan dan meronda kat area tu nak tolong selamatkan..jom tengok..

Terharu dan sedeh bila tengok.. boleh klik kat link tu


Such a sweet reunion between mom n the baby..



p/s : binatang pun tau sayangkan anak..tapi manusia zaman ni sedap2 je buang..kan?

Thursday, August 2, 2012

Biskut Batang Burok Istimewa!Kulit Tepung..

Assalamualaikum.. dah lama x buat entry.. tup-tup dh nak buat promosi biskut pulak dah.. Ni nak promote Biskut Batang Burok Istimewa sempena Syawal yang akan tiba.. kalau tanya pasal kek tahun ni xde buat la..keadaan tak mengizinkan.

Batang Burok Istimewa Inti Tepong Kacang Hijau


100 PCS / RM 20


Tempahan dibuka sehingga seminggu sebelum hari raya aidilfitri.
Kuching & Samarahan area sahaja hanta by hand. kalau luar kawasan terpaksa la byr servis penghantaran. kalau dlm sarawak sy guna servis bas ekspres VFL :)



Thursday, June 7, 2012

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

Assalamualaikum! Kami menyediakan perkhidmatan menghantar setiap artikel terus ke email anda secara PERCUMA! KLIK di sini untuk perkhidmatan tersebut!

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

    “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

    “Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


sumber asal : myibrah.commyibrah.com

Sunday, May 27, 2012

Janganlah sedih kerana...janganlah...

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.
 
 
 
Sumber : Kata-kata Hikmah


p/s : sedih bila teringat pernah molah org lain sedeh sbb kita..

Thursday, May 24, 2012

Keistimewaan di Bulan Rejab

Assalamualaikum semua..Rejab mendatang tiba..x lama lagi Sya'ban berkunjung jua..kemudian Ramadhan akn menjelma akhirnya.. Dah sedia ke nak hadapi 3 beradik ni? Hadirnya hanya sebentar.. Hilangnya tidak terasa..

Sesungguhnya Allah SWT memberikan keistimewaan dan kelebihan ganjaran pahala yang berganda kepada umat islam yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Rejab, Sya’ban, dan Ramadhan. Ini dibuktikan dengan sabda baginda, “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku. . ” “Kelebihan Rejab atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Al-Quran atas qalam. Kelebihan Sya’ban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya. . ”“Semua orang lapar pada hari akhirat, kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban, dan Ramadhan. . ”

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 


  p/s : ktk orang dah abis qada' posa ka blom?mun blom jgn lupak..qada' jak kedong gk bulan Rejab..ada xtra pahala..jgn lupak ikhlaskan diri :)



Thursday, May 3, 2012

Tom Yum Nasik Puteh liaw!!

Assalamualaikum semua..lama dah x update blog.. Last week ada bengkel jadi memang xde masa dan x sempat nak update..

Jadi. di kesempatan entry kali ni..nak kongsi pulak pasal masakan :)
Masak ape? xde yang spesel pon..cuma tomyam je. ni pun masak kat ofis..

Bahan-bahan pulak x banyak..sbb bukan dalam perancangan awal plan masak-masak hari ni.. jadi bahan2 pun bahan terjun je.. ada sayur cauliflower, jagung muda (ampang jagong padah urang srawak), fishball, crab stick. Paste tomyan pulak campur kiub tomyam maggi & paste tomyam yang dari Thailand botol warna purple tu.. ade ulam mentimun dengan sambal belacan n sambal perok :) lepas tu ada sardin masak ngan bawang besar lagi :)

Tapi sardin bukan aku yang masak eh..he he he..

Tomyam dan nasik puteh..seperiok besar daa...

Antara ofismate yang sama-sama menjamu selera..

Sempat jugak pose..sayang Dayangku dah balik kerja walaupun sempat jugak menjamah semangkuk tomyam :)


Jadi..let's back to work!!

Wednesday, April 18, 2012

Masak-masak..then makan time!!

Salamelekom ols..dah dinner tek ka? kmk udah..kak makan KFC Snack Plate ngan Dayangku Jasmine tek..tapau jak..makan di opis depan tv..

Bila dah kenyang makan, teringat ngan buah jambu nok di embak oleh Cip Kurnia minggu nun tek..Oleh anak nya meli di Cameron..alu ingin..he he he

Dayangku Jasmine ngan buah jambunya...
masak mihun sup...
Ada buah jambu..nang nyaman!!

Bila dah makan mmg x ingat dunia la..heheh..teringat juak ngan kak esah pon..nya masak kerang aria..makan ngan sambal kicap..perghhhh!!ng nyaman gilerrrrr laaa!!
Kerang masak rebus..

ktk org tek apa k dinner?


p/s : ne x badan makin bulat nak? xhal..lak kita senam k kurangkan berat badan keyh!!



Saturday, April 14, 2012

Cerita disebalik Friday the 13th

Assalamualaikum semua.. Semalam hari Jumaat yang bertarikh 13 hb dan  selalu diperkatakan mempunyai cerita misteri.

 Filem Friday The 13th

Misteri yang paling popular adalah mengenai nombor 13 itu sendiri. Signifikan nombor ini dipercayai membawa sial. Hinggakan ada diantara mereka2 yang percaya tidak akan menggunakan nombor ini untuk tingkat, nombor bilik, dan sebagainya. Nombor itu mungkin akan ditukar kepada 12A. Apa2 saja yang berunsurkan 13 akan dihapuskan penggunaannya.

Ada apa dengan 13? cheh..mcm ada apa dengn cinta la pulak kan? Nak jadi cerita..ianya bermula dengan ajaran kuno bernama Kaballah yang dikatakan menjadi amalan para ahli sihir-ahli sihir tertingi pada zaman Firaun. Ia kemudiannya diteruskan dan diwariskan kepada penyihir-penyihir lain terutamanya oleh kaum yahudi-zionis yang mana pada masa kini dipolitikkan dan jugak menjadi satu trend kepada atris2 dan selebriti2 masa kini.

Menurut bangsa Yahudi-zionis ini, angka 13 ditafsirkan sebagai angka suci yang mengandungi kekuatan misteri dari aspek keagamaan bersama2 nombor 11 dan 666.

Oleh itu, mereka akan sedaya upaya menyusupkan unsur 13 seperti dalam jumlah kad daun terup yang mana As, 2-9, Jack, Queen, & King. Yang masih nyata penggunaannya dalam sejarah manusia ialah pada jata negara Amerika Syarikat. The Seal of United States of America terdiri daripada burung helang dan sarat dengan nombor 13.




Buktinya terdapat pada jata negara mereka.

13 bintang di atas kepala Elang membentuk Bintang David.
13 garis di perisai atau taming burung.
13 daun zaitun di kaki kanan burung.
13 butir zaitun yang tersembul di celah-celah daun zaitun.
13 anak panah.
13 bulu di hujung anak panah.
13 huruf yang membentuk kalimat Annuit Coeptis
 13 huruf yang membentuk kalimat E Pluribus Unum
 13 lapisan batu yang membentuk piramid
 13 X 9 titik yang mengitari Bintang David di atas kepala helang.


Selain daripada penggunaannya dalam jata negara mereka, syarikat-syarikat besar seperti Mc Donald, Startrek.com, Westel juga menggunakan nombor ini. Mc Donald telah diketahui umum antara penyumbang utama dana Israel juga pernah memenangi anugerah. Nombor 13 ini akan dpt dilihat sekiranya logo-logo mereka diputar secara vertikal. Hingga ada yang mengatakan Microsoft juga mengandungi angka tersebut iaitu 1313 yang apabila dilakarkan akan membentuk logo microsoft (window) bentuk jendela.

Pengamal amalan dan kepercayaan Kaballah ini sangat mengagungkan nombor 13 ini. ini kerana ianya digunakan dalam ritual syaitan mereka. Bahkan simbol Baphomet juga dihiasi dengan nombor ini. Sebab inilah nombor 13 selalu dianggap sebagai membawa sial. ianya adalah salah satu nombor/bahagian utama dalam ritual syaitan.

Bagi masyarakat cina pula, nombor 4 membawa maksud mati bagi mereka.

Adakah anda percaya akan misteri ini?adakah ianya suratan?atau kebetulan?atau memang telah menjadi amalan?







sumber dr http://duniavenus.com


p/s : banyak gilak nok pelik2.tp x mustahil nak..betol x?


Thursday, April 12, 2012

Duit Kertas Baru Malaysia Mulai 16 Julai Tok!



KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas Malaysia siri baharu kepada orang ramai bermula 16 Julai tahun ini.
BNM melalui satu kenyataan media memberitahu, wang kertas baharu tersebut membabitkan RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
“Wang kertas Malaysia siri baharu ini akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012. Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, wang kertas siri baharu ini terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
“Wang kertas RM50 dalam siri ini telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, BNM bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak bulan Disember 2011 bagi membolehkan peralihan kepada wang kertas siri baharu itu berjalan lancar.
Tambah kenyataan itu, beberapa sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan turut diadakan bagi memastikan penyediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baharu.
Sehubungan itu kata kenyataan itu, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai dikehendaki memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baharu dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh tersebut.
“Vendor dan pihak berkaitan lain yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau di talian 03-2698 8044 sambungan 7307/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my,” kata kenyataan itu lagi.


sumber dari mynewshub.my

p/s : tringat ngan duit keretas lamak marek..masih ndak ktk org nyimpan?aku ada juak la nyimpan 4-5 egek.. :)


Monday, April 9, 2012

Horlicks Crunch McFlurry for supper!!

Salam ols!!
What's for supper?

Tonight, im having Horlicks Crunch McFlurry for supper..me n jazz just went back from Convenience Store at arrival hall just now, when we saw the highlight menu for desert at the Mc D.






Soooooo yummyyy isn't it!!

It is..deadly delicious!! Actually, i was thinking to buy Chocolate Shake.. Then suddenly chose Horlicks Crunch McFlurry..

 Creamy mcflurry horlicks!!



i'm lovin' it!!



p/s : time ya juak menses..time ya juak kenjet nak makan eskrem..sejok2 d epot.nok sejok2 ya juak d carik!!p nang layan makan eskrem tengah malam!!









Friday, April 6, 2012

Pabila Hati Berbicara...



Sakit perih.. Menusuk hatiku..
Saat kamu.. Ucap kata itu..
Ku hanya bisa menitiskan air mata..
Jatuh rasanya langit ini..
Apa salahku?
Sampai kau tega tinggalkanku..
Padahal aku telah berikan segalanya..
Belum cukupkah dirimu..
Rasakan cinta tulusku..
Selama ini hidupku hanya untuk kamu..
Benarkah salahku?
Yang terlalu mencintaimu..
Hingga kau buat aku ..
 Terlarut ke dalam..
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu disisiku
Ku yakin bisa melewati..
Tapi berat



Hari ini kita layan lagu sentimental pulak eh..mendayu-dayu je bila dengar lagu ni..banyak maksud yang tersirat dalam lagu ni kan? Boleh jugak ditafsirkan dalam hubungan rumahtangga. yelah kan, lagu ni seolah-olah luahan perasaan seorang isteri pada sang suami. Mungkin juga merujuk kepada pertelingkahan dalam rumahtangga. Si suami mungkin berprasangka tentang perasaan tulus si isteri. Boleh jugak jadi dek hasutan orang ketiga..

Namun, sang isteri haruslah dilindungi..sesuai dengan posisinya di rusuk sang suami. Baginya seorang suami adalah sang pelindung, tempat mengadu kasih, melepaskan sayang, juga untuk ditaati dan dihormati. Tanpa sang suami, siapalah si isteri..begiulah sebaliknya..melainkan ia telah ditentukan di sana..untuk pasangannya menemui Ilahi..


WaHaI LeLaKi mEnGeRTiLaH HaTi WaNItA ......

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2
 
(sumber dari FB Roy Guy )


p/s: doaku, aku n hubby sentiasa aman rukun rumahtangga..tiada gelodak melanda.. dan sentiasa saling sayang menyayangi dibawah redhaNya..









Thursday, April 5, 2012

Perempuan memang suka makan ni ke?

Assalamualaikum semua.. Korang dah lunch ke belum? Aku belum lagi ni..Tapi aku teringin la sangat nak makan Magic Bite Wafle..


Hehhehhe..Korang suke tak? Aku paling suka perasa coklat dan peanut butter..paling best extra coklat!!Tapi x suka kalau crispy sangat.. :)

Tengah tunggu free time nak pergi ke Kuching Central ni..Dah terasa-rasa pulak wafle tu dalam mulut.. Aku, Dygku Jasmine dan Kak Aisah lepas ni nak pegi sana..lepas jugak keinginan nak makan yang manis2 ni!!

Korang semua kalau ingin.. Jangan lupa beli tau..kan outlet Magic Bite banyak kat Malaysia ni :)



Let's enjoy the wafle!!


p/s : dari emarek gk ingin nak makan..akhirnya..tercapei juak la ari tok..

Tuesday, April 3, 2012

ke-C.U.R.A.N.G-an mu..

Assalamualaikum semua..malam2 macam ni aku nak kongsi la sikit. Kongsi tentang apa? Aku nak kongsi sikit pasal C.U.R.A.N.G 



Korang tau tak apa maksud curang ni? Menurut kamus, curang didefinisikan sebagai tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati. Kecurangan pulak merujuk kepada ketidakjujuran. Menipu, membohongi boleh la pulak diertikan sebagai mencurangi.



Curang boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Curang yang aku ingin utarakan di sini pulak adalah dari konteks hubungan suami isteri, tunangan, kekasih dan sebagainya. Dalam konteks ini, curang berlaku apabila berlakunya ketidaksetiaan seseorang individu terhadap pasanganya dengan menjalin hubungan cinta/kasih dengan orang lain. 

Aku, pernah dicurangi. Jadi aku tahu macam mane rasa sakit nya di dua-tigakan. Chehhh..Tak payah melalut la kan?hehe..

Tapi apa perasaan anda sekiranya anda dicurangi atau anda sendiri yang berlaku curang?

Pernah berlaku beberapa kes kecurangan di kalangan rakan sepejabat, teman dan taulan. Hingga ada yang sampai ke tahap melakukan hubungan yang lebih intim. Lebih dasyat lagi ianya berlaku kepada para isteri2 dan suami2 orang. 

Mungkin pernah berlaku si lelaki bermain kata sayang dengan kawan perempuanya. Niat si lelaki di awalnya mungkin sekadar untuk bergurau.. Boleh jadi juga untuk cuba nasib. Siapa tahu betul tak?Kalau tak pun action la pulak bertanya dan berkongsi masalah..dari masalah datangnya helah...

Apabila respon dah dapat, cubaan yang pada mulanya main2 berbalas..Kebanyakan kes curang mungkin bermula dari  bermain kata-kata sayang. Lagi-lagi kalau hati wanita tersebut mudah sangat cair dengan kata-kata manis ditambah lagi dengan pujuk rayu dari sang lelaki. Ingin membantu kononnye..

Hubungan yang hanya bertunjangkan pada kepuasan lahiriah semata-mata tak kan mungkin berkekalan, sekiranya tidak berasaskan kepada cinta kepadaNya.

Aku pernah terdengar orang berkata, sekali seseorang itu curang, takkan mungkin dia akan setia lagi.. dia akan mencari dan terus menjadi seorang pencurang.. Mungkin telah sebati dalam diri sikap dan sifat curang tersebut. Merasakan diri tidak ter'kantoi' dalam mencurangi pasangan, timbul perasaan bangga dalam diri kerana pandai mencari helah untuk menutupi rahsia diri.

Namun ingat!! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jugak.. Tapi!!!! Nanti kompom dia naik balik.... Sama je la kan dengan pencurang ni..kalau kantoi nanti dia buat lagi..tapi dengan orang lain pulak..dengan helah yang lebih bijak lagi!!hehhehe

Al-maklum la..learned from mistakes! Practice makes perfect gitu!! betol tak?

Kepada mereka yang suka mendua-tigakan pasangan tu, tak kira la suami isteri ke, kekasih ke, tunangan ke..kalau dah rasa tak ada lagi keserasian bersama pasangan, daripada curang baik la lepaskan atau mintak lepas je..dari dilambung dosa, lalai dari tanggungjawab, jadi bahan umpatan kutukan orang lebih baik setelkan terus. Sudah-sudahlah dengan perangai macam tu..

Semoga korang semua setialah dengan yang satu..bagi lelaki tu kalau nak kawen lebih dari satu takpe..janji halal..jangan yang haram pulak..jalan yang halal dah dibagi..

:)



p/s : aku paling anti ngan orang nok curang ya.nang x cukup sorang la..apakah pe'el pia?cheh!!







Sunday, April 1, 2012

Ko Rasa Ko Bagus?!

Salam ols..entry kali ni lain sikit..semua info ni dapat dari http://wanhazel.blogspot.com/ cuma dengan satu klik korang mungkin dapat menambah pendapatan tambahan. Aku pon baru lagi..jadi jum kita try.. :) Korang cuma perlu klik link di bawah dan daftar. Korang akan dapat RM 1 per daftar :) kemudian share kepada rakan..

Jangan ketinggalan..Over 700 Churpers hv cashed out at least RM100 each this year & it's only March! Find out how thy did it #ChurpChurp

Saturday, March 31, 2012

EARTH HOUR 2012 : TUTUP LAMPU ANDA!


Assalamualaikum semua..ingat tak hari ini hari apa? Hari ini merupakan hari bagi kita bersama-sama saling membantu untuk menyelamatkan bumi, EARTH HOUR 2012.

Jadi marilah kita bersama-sama menutup lampu dan peralatan elektrik yang menyumbang kepada pemanasan global ini. Tapi janganlah sampai mengganggu proses kehidupan seharian kita pulak.

sumber gambar : FB WWF Malaysia


p/s : tiap tahun ngekot acara tok dirumah..tp tahun tok x dapat coz keja..mun ditutup lampu d epot tok alu kamboh :)



Friday, March 30, 2012

Anugerah Cemerlang

Salam ols...tengah buat apa tu?

Mesti la korang tengah keje kan..ni aku nak share la sikit pasal anugerah cemerlang..bukan pasal aku yang dapat..Anak buah aku yang dapat..Pasal, dua hari lepas aku pergi la ke SMK Bandar Samariang. Attend Majlis Anugerah Cemerlang 2012 kat sana, untuk sesi akademik 2011.

Anak buahku bernama Intan Safinas. Dia dibawah jagaanku since last April. Tahun ni dia berada di Tingkatan 2. Dia dapat anugerah untuk Peningkatan Ketara Dalam Akedemik dan Tempat Pertama bagi sesi 2011. Nak jadi cerita, dia masuk sekolah lewat dari orang lain. Pelajar lain masok sekolah Januari, tapi dia masuk April. Memandangkan dia masuk lewat aku memang tak sangka dia dapat tempat pertama dalam kelas. Aku cuma ada ajar dia sikit-sikit je . Itupun beli buku kerja, ajar n suruh dia buat. Baru 2 minggu masuk sekolah diorang terus ada peperiksaan penggal. Nasib bait la x banyak chapter yang ketinggalan dan aku pun sempat ajar.kalau tak memang fail la. Apa-apapun atas usaha dia jugak barlah dia berjaya.


Sempat la jugak aku ambik gambar stage skolah tu..Suka betul aku tengok kain yang di buat ropol2 tu..cantek :)


Ni masa ambik Anugerah Tempat Pertama bagi sesi 2011


Ni pulak masa ambik Anugerah Peningkatan Ketara Dalam Akademik

Sempat la pulak aku ambik gambar dia ngan kawan dia.


Wednesday, March 21, 2012

Next Step is IUI..What is IUI?

Assalamualaikum semua..entry kali ni lain sikit..nak tau tentang prosedur IUI x?

Tapi sebelum itu tahu tak apa tu IUI? IUI bermaksud Intrauterine Insemination.

IUI adalah rawatan kesuburan yang menggunakan tiub untuk menempatkan bilangan sperma yang sudah dibasuh terus ke dalam rahim. Matlamat IUI adalah untuk meningkatkan bilangan sperma yang sampai ke tiub fallopian dan seterusnya meningkatkan peluang persenyawaan.

IUI adalah rawatan kesuburan yang sering dipilih oleh pasangan yang telah cuba untuk hamil untuk sekurang-kurangnya satu tahun tetapi yang tidak mempunyai sebab-sebab yang dikenalpasti tentang kesuburan mereka.

Memandangkan saya telah berkahwin hampir 5 tahun tapi masih juga belum dikurniakan cahaya mata, jadi saya dan suami bersetuju untuk melakukan prosedur ini. Isnin lepas saya telah berjumpa doktor pakar sakit puan dan dinasihatkan untuk melakukan prosedur ini.




Nak tahu bagaimana prosedur ini dilakukan?

Prosedur IUI adalah mudah dan boleh dilaksanakan walaupun seseorang wanita itu tidak menerima ubat untuk meningkatkan pengeluaran telur. Kebanyakan doktor akan menggalakkan wanita untuk mengambil ubat untuk merangsang ovari untuk meningkatkan pengeluaran telur demi meningkatkan peluang mencapai kehamilan.

Ultrasound akan digunakan untuk memantau saiz folikel . Hormon, manusia chorionic gonadotropin (hCG), ditadbir untuk merangsang pengeluaran telur dari folikel dalam masa 34-40 jam.

Satu sampel air mani akan diproses oleh makmal untuk memisahkan air dari air mani. Keteter digunakan untuk menyuntik sperma diproses secara langsung ke dalam rahim. Proses ini memaksimumkan bilangan sel-sel sperma yang diletakkan di dalam uterus, sekali gus meningkatkan kemungkinan untuk persenyawaan. Prosedur IUI mengambil masa yang sedikit dan melibatkan ketidakselesaan yang minimum. Langkah seterusnya adalah untuk menyaksikan tanda-tanda dan gejala kehamilan.





Berdasarkan apa yang diterangkan oleh doktor tersebut, selepas prosedur dilakukan saya boleh kembali bertugas dan bebas untuk melakukan apa-apa aktiviti.

Walaubagaimanapun, kami masih perlu menunggu untuk cycle yang seterusnya. Kami amat berharap dengan kejayaan prosedur ini.



p/s : dah lamak nanti..ingin juak rasa hati..stiap kali ada jak org nanyak.."ktk org planning ka?" sak jak xda..arap2 lepas tok boleh juak merasa jadi pregnant lady =D














Saturday, March 17, 2012

selera petang hari ini!!

salam petang semua..

petang2 yang hujan macam ni mesti korang tengah rileks je kat umah..aku ni sedang berada di oficce n keje n study..entry kali ni xde ape2 spesel pon..saje je hilangkan boring..

hujan2 macam ni kalau makan mesti best kan?korang makan ape kalo petang cm ni?aku petang ni makan KFC je..hheheh..sedap x?



kalo semalam aku buat pancake kat umah..best betol kalau dpt buat kat ofis nih..hehheheh..slamat menjamu selera petang semua!!


p/s : mun rajin x la makn kfc ajak nak?hehe

Friday, March 16, 2012

FordRangerMY & snap some RangersPic & Win

Get ur cameras ready 4 de @FordRangerMY & snap some #RangersPic to stand a chance to win exclusive merchandises!

Ibarat Gigi dan Lidah

Tatkala gigi menggigit lidah
terdiam lidah enggan berkata
menegur sapa enggan mahunya
rasanya lidah betul sahaja
kiranya salah si gigi yang punya

tatkala gigi menggigit lidah
sakit terasa tidak tekira
hingga ke jantung rasa tusukannya
namun terdiam enggan bersuara
kiranya salah si gigi yang punya

memang benar lidah yang mula
berkata-kata tiada tapisnya
namun tidak meninggi suara
seperti kuasa gigi yang punya
menggigit tanpa kasihan rasa

setelah gigi menggigit lidah
lidah terdiam seribu bahasa
terasa rendah sungguh dirinya
tingginya kuasa si gigi yang punya

wahai si gigi si lidah bertanya
adakah kerana lidah bersuara
si gigi terus meningkah tanya
kerana si gigi lagi berkuasa




p/s : jum main gigit2 lidah..hehhe

Wednesday, March 7, 2012

Samsung Galaxy Note!!

salamelekom smuanye..hehehhe

suka nye rase hati ni...

nak tau nape?

sebab...

hehehhe..cubela tengok ni...


wahhhhhhaaaa!!galaxy note...hehehe..best x?

coz...

my name is yana.. n this is my...


hehehhe..

wishlist je...belum dimiliki lagi,,,,

p/s : simpan duit invest bnda lain lok..note tok gk dpt dtunggu2 :)


Sia Sitok JoHaRa ERA : ERA Kuching

salam n samat tengahari ols..yalah kedong tengahari retak bok molah entry tok nak...dah la x sempat ngepong skuad d Sunny Hill tek..kotan internatioal passenger banyak gilak..hehhe

apa polah ktk org ritok?semangat x?aihhh..jgn gia..mesti semangat k..walaupun kita dah tauk pemenang2nya tek..kelak dak ERA kching molah contest agik..xlamak gk ada contest ncarik Bakat..kita tunggu jak k..

entry tok ditulis hanyalah untuk berkongsi sedikit pengalaman dalam molah tugasan time join contest siasitokjohara aria. contest tok x susah gne..just mok kreatif jak..kreatif ka?heheh x eh...n plu ambik gambar bersama standee johara ke cne2 juak ktk org pegi..jd tok adalah sikit oleh gambar nok ada..x dpt menang juara pun xpa la..yg penting pengalaman.. :)


gambar tok masa di international arrival hall..


gambar tok 1st time ngepong dak skuad Era. lakasi time tok d Batu 3, Public Bank..time tok 2nd day SiaSitok..2nd day bok kmk stat..apa tek agik blur...


gambar tok masa ngepong cdak d Tarot Cafe Jln AZA..sempat...dag tghri ngepong petang ngepong agik.. =D



tok masa d arrival hall juak..flight KL landed..ngambik kesempatan la nak..


tok dalam opis..saja2 jak..k polah profile picture tek nak..sa kacak..ngegeh li jak..hahha





tok sekitar kantin UITM samarahan..eran ajak dah student nangga kmk nganggong sia sitok..sampe dak lecturer ajak skali.. =D



tok gambar ngan cdak opis..malu2 jak bos kmk sorang ya..hahha






tok time ngepong cdak Skuad di Terminal Express pending..40 menet dari epot ke sia pulang balit..kotan nak ngepong eh,,ya bok smangat nak??





gambar nok 1st ya masa molah tugasan gambar rah pusak..nemu abg teksi alu ambik gmbar..nok 3 ya tugasan ambik gambar ngan pak tambang..nemu dak makcik2 blit pasa alu ajak skali..=D





haaa..tok tugasan ngambik gambar ngan monumen pusak..time tok paling lucu..time kmk ngambik gambar alu 2-3 egek kereta brenti juak ngambik gambar d sia..lamak2 tok tek mn nangga org begambar d sia sa mcm gai jak..sak2 dirik mpun polah..cm neya?p nang best juak la...hehheh


tok masa d kelas..heheh


tok masa d waterfront..tertemu la ngan tourist Chinese..


tok pun d waterfront..


tok ngan jiran2..





tok masa d Kuching Sentral & Pasar Minggu Satok





tok masa ngepong cdak d SEGI kolej..


cgek tok jak gambar d kubah..yapun sebelah dalam..sengaut nak attend fligt..huhhu






yang tok masa d jln STC & Loklok..





tok antara pose masa molah tugasan makan mlm romantika gitu..ahahha..thnks to my beloved hubby yg nulong ambik gamba n nulong tetak..hahhaha..





tok masa molah tugassan sarawak museum..tertemu ndah ngan mohd norman tok..alu la pose skali..pasya gambar ngepong cdak d TM Point





tok masa d Departure Hall, pasya ngepong agik..nak alah2 muka aku jak ngepong..hehhe..tok masa d MYbookstore and tugasan di Taman Shabat..nemu Nzan n kak ayu..


lepas ya ada gk tugasan..p kmk xdpt polah esp last day ya..tgasan d Swee Kang..coz ada flight..jd xpat la nak kluar ngepong n molah tuasan..apapapun..memang best la..beremu ngan cdak peserta lain..

walaupun ada diantara ktk org yg x menang..xhal..atleast kita ada dayasaing n berusaha nak..lain kali kita join lagik!!kmk suka ajak..sak jak nyawa supan rasa..heheh

tok sekadar share ajak la..act, kmk ada bnyk gk gambar lain..p tok jak dpt d share ngan ktk org..



p/s : walaupun main taik p dapat menang xhal..lak haselnya taik juak =D