menelusuri cahaya kelembutan

..cahaya kelembutan, that's the meaning of my name..x aktif sangat dalam blogging ni,tp lebih kepada mencari informasi melaluinya...in da futura mungkin akan lebih aktif update ttg apepeje yang mungkin boleh d kongsikan bersama..

Followers

Pages

Friday, March 30, 2012

Anugerah Cemerlang

Salam ols...tengah buat apa tu?

Mesti la korang tengah keje kan..ni aku nak share la sikit pasal anugerah cemerlang..bukan pasal aku yang dapat..Anak buah aku yang dapat..Pasal, dua hari lepas aku pergi la ke SMK Bandar Samariang. Attend Majlis Anugerah Cemerlang 2012 kat sana, untuk sesi akademik 2011.

Anak buahku bernama Intan Safinas. Dia dibawah jagaanku since last April. Tahun ni dia berada di Tingkatan 2. Dia dapat anugerah untuk Peningkatan Ketara Dalam Akedemik dan Tempat Pertama bagi sesi 2011. Nak jadi cerita, dia masuk sekolah lewat dari orang lain. Pelajar lain masok sekolah Januari, tapi dia masuk April. Memandangkan dia masuk lewat aku memang tak sangka dia dapat tempat pertama dalam kelas. Aku cuma ada ajar dia sikit-sikit je . Itupun beli buku kerja, ajar n suruh dia buat. Baru 2 minggu masuk sekolah diorang terus ada peperiksaan penggal. Nasib bait la x banyak chapter yang ketinggalan dan aku pun sempat ajar.kalau tak memang fail la. Apa-apapun atas usaha dia jugak barlah dia berjaya.


Sempat la jugak aku ambik gambar stage skolah tu..Suka betul aku tengok kain yang di buat ropol2 tu..cantek :)


Ni masa ambik Anugerah Tempat Pertama bagi sesi 2011


Ni pulak masa ambik Anugerah Peningkatan Ketara Dalam Akademik

Sempat la pulak aku ambik gambar dia ngan kawan dia.





senget la pulak gambar ni..xdpt nak rotate la pulak..hehhehe

Lepas abis je penyampaian sijil, kami disajikan dengan persembahan dari pelajar2. Ada sajak, tarian dan gamelan. tapi lupa pulak nak rakam video gamelan hari tu..tarian tu ade lpas ni boleh tengok keyh :)


Masa ni sajak dialunkan..memang power la vokal pelajar pompuan nih..memang pemidato yang power suaranya..lantang dan jelas. Sajak ari tu kalau x silap tentang 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.

video

walaupun basic je tapi lenggok penari tetap ade..betol tak?lagi pun masih mude lagi. jadi xde masalah untuk mengasah bakat diorang ni..




Gambar ni masa jamuan bersama Pengetua, guru-guru, yang dipertua PIBG, parents, dan turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuching, Pn. Hajjah Maimunah Binti Bujang.

Selesai jamuan maka tamat la majlis tersebut. Aku berharap tahun depan Intan akan menerima lagi anugerah seperti kali ini.




p/s : sak jak aku x penah nerimak.,p nang bangga la anak buah dapat..yang ku penah terimak ngak la anugerah perkhidmatan cemerlang..ya pun tahun menseya 2010 marek..DL sikit2 jak nak dapat sem nun tek..hehhe











No comments:

Post a Comment