menelusuri cahaya kelembutan

..cahaya kelembutan, that's the meaning of my name..x aktif sangat dalam blogging ni,tp lebih kepada mencari informasi melaluinya...in da futura mungkin akan lebih aktif update ttg apepeje yang mungkin boleh d kongsikan bersama..

Followers

Pages

Tuesday, April 3, 2012

ke-C.U.R.A.N.G-an mu..

Assalamualaikum semua..malam2 macam ni aku nak kongsi la sikit. Kongsi tentang apa? Aku nak kongsi sikit pasal C.U.R.A.N.G 



Korang tau tak apa maksud curang ni? Menurut kamus, curang didefinisikan sebagai tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati. Kecurangan pulak merujuk kepada ketidakjujuran. Menipu, membohongi boleh la pulak diertikan sebagai mencurangi.



Curang boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Curang yang aku ingin utarakan di sini pulak adalah dari konteks hubungan suami isteri, tunangan, kekasih dan sebagainya. Dalam konteks ini, curang berlaku apabila berlakunya ketidaksetiaan seseorang individu terhadap pasanganya dengan menjalin hubungan cinta/kasih dengan orang lain. 

Aku, pernah dicurangi. Jadi aku tahu macam mane rasa sakit nya di dua-tigakan. Chehhh..Tak payah melalut la kan?hehe..

Tapi apa perasaan anda sekiranya anda dicurangi atau anda sendiri yang berlaku curang?

Pernah berlaku beberapa kes kecurangan di kalangan rakan sepejabat, teman dan taulan. Hingga ada yang sampai ke tahap melakukan hubungan yang lebih intim. Lebih dasyat lagi ianya berlaku kepada para isteri2 dan suami2 orang. 

Mungkin pernah berlaku si lelaki bermain kata sayang dengan kawan perempuanya. Niat si lelaki di awalnya mungkin sekadar untuk bergurau.. Boleh jadi juga untuk cuba nasib. Siapa tahu betul tak?Kalau tak pun action la pulak bertanya dan berkongsi masalah..dari masalah datangnya helah...

Apabila respon dah dapat, cubaan yang pada mulanya main2 berbalas..Kebanyakan kes curang mungkin bermula dari  bermain kata-kata sayang. Lagi-lagi kalau hati wanita tersebut mudah sangat cair dengan kata-kata manis ditambah lagi dengan pujuk rayu dari sang lelaki. Ingin membantu kononnye..

Hubungan yang hanya bertunjangkan pada kepuasan lahiriah semata-mata tak kan mungkin berkekalan, sekiranya tidak berasaskan kepada cinta kepadaNya.

Aku pernah terdengar orang berkata, sekali seseorang itu curang, takkan mungkin dia akan setia lagi.. dia akan mencari dan terus menjadi seorang pencurang.. Mungkin telah sebati dalam diri sikap dan sifat curang tersebut. Merasakan diri tidak ter'kantoi' dalam mencurangi pasangan, timbul perasaan bangga dalam diri kerana pandai mencari helah untuk menutupi rahsia diri.

Namun ingat!! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jugak.. Tapi!!!! Nanti kompom dia naik balik.... Sama je la kan dengan pencurang ni..kalau kantoi nanti dia buat lagi..tapi dengan orang lain pulak..dengan helah yang lebih bijak lagi!!hehhehe

Al-maklum la..learned from mistakes! Practice makes perfect gitu!! betol tak?

Kepada mereka yang suka mendua-tigakan pasangan tu, tak kira la suami isteri ke, kekasih ke, tunangan ke..kalau dah rasa tak ada lagi keserasian bersama pasangan, daripada curang baik la lepaskan atau mintak lepas je..dari dilambung dosa, lalai dari tanggungjawab, jadi bahan umpatan kutukan orang lebih baik setelkan terus. Sudah-sudahlah dengan perangai macam tu..

Semoga korang semua setialah dengan yang satu..bagi lelaki tu kalau nak kawen lebih dari satu takpe..janji halal..jangan yang haram pulak..jalan yang halal dah dibagi..

:)



p/s : aku paling anti ngan orang nok curang ya.nang x cukup sorang la..apakah pe'el pia?cheh!!







4 comments:

  1. tanya diri sendiri ler siapa yg curang...diri sendiri kan yg curang pada diri sendiri....tengok kat org lain wat per....lihat pada diri anda.....ciri-ciri kecurangan pasti ada....bercakap...dlm nada menggoda...nak org sponser sentiasa...nak mkn free aje...rasa bangga kalau ada jantan menggatal kat diri dia...tu pasal...kalau bersibuk jalin hubungan dgn manusia...lupa diri ...hingga curang pada tuhan...nasib baik la tuhan tu maha mengampuni...kalau tak... no more second chance for u

    ReplyDelete
  2. setuju..sepatutnya memang seseorang individu tu tengok n tanya pada diri sendiri dulu..dalam bab ni mmg x boleh nak salahkan mana2 pihak.nak kata pompuan salah ya jugak..nak kata lelaki salah pun ye jugak..bagi sy semua ni memang berbalik pada pendirian individu terbabit..terima kasih atas kritikan & komen saudara

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perbuatan 'curang' hanya akan meninggalkan kesedihan, ketidakpercayaan kepada pasangan yg dicurangi. contoh yg cahayakelembutan bawa banyak persamaan dgn kes saya. masih bertahan di sisi dia krn anak2 dan diri sendiri, cinta kasih dan sayang pada dia??? sudah tidak pasti lagi. serasa tidak mengenalnya lagi.

      Delete